Wednesday, September 9

Hatyai Part 4: A Day in Songkhla

Hello! Korang dah boring belum baca travelogue Hatyai aku ni? haha. Takpe ade dua part lagi lepas tu kita bukak cerita lain pulak ye .

Post sebelum di sini.

Ok. Naik gajah dah, jalan-jalan cuci mata dah, makan dah dah dan dah :p apa lagi kita oleh buat kat hatyai ni? To be honest bandar hatyai ni kalau nak explore one full day dah cukup dah (itu kalau tak spend masa yang lama dekat shopping and makan la hehe). Selalunya orang yang berkunjung kat sini mesti akan melawat bandar Songkhla jugak sebab Songkhla ni jauhnya dalam 30 minit je daripada Hatyai. Kat Songkhla ni la yang ada Samila beach, Ko Yo island, sleeping buddha dan Khao Kao Seng beach, pantai yang paling cantik di Songkhla. 

Cuma yang kurang best nya di Songkhla ni, orang islam tak ramai seperti di hatyai so bab makan tu susah sikit la. Yang ada cuma di gerai-gerai makanan halal sepanjang jalan Khaosan, berdekatan dengan Samila beach. My suggestion is kalau nak melawat Songkhla gerak pagi-pagi daripada Hatyai, round sampai petang, lepastu balik semula makan dekat hatyai haha. Kami pada asalnya plan nak tidur di hatyai semalam, and Songkhla semalam. end up masa kat songkhla kami dapat resort jauh daripada bandar, gerai makan muslim takde, tuktuk pun tak lalu situ. Nasib baik la ade dua orang Malaysia yang menginap kat resort tu tolong bawak keluar kalau tak, decompose la kami dalam bilik bertiga huu. 

Jika nak ke Songkhla daripada Hatyai, minivans disediakan berdekatan dengan menara jam Hatyai. Rate dia 28 baht seorang and minivan ni hanya akan jalan bila dah penuh. untuk sesiapa yang ingin ke Songkhla, lagi murah naik minivan ni berbanding tuktuk tapi kena tunggu sikit la.


Check-out P-residence


Dalam minivan, on our way to Sabai-sabai resort, Songkhla. Tapi sebab ade miscommunication dengan driver kitorang terpaksa turun entah dekat mana tengah2 songkhla tu  


which became a good thing too because if it wasn't for that incident, we wouldn't came across this kedai makan (nak recommend nama kedai pun bukan aku reti baca signboard tu haha)


Mihun sup dia sedapnyaaaa, and i'm not exaggerating here, its the best one i've ever tasted (teringat sampai sekarang). sambil-sambil makan tu kami tanya la orang-orang kat situ macam mana nak ke sabai-sabai resort daripada sini. conversing pun da macam itik dengan ayam. kita cakap bi dorang tak paham, cakap melayu pun tak paham, pastu dia pulak cakap thai dengan kita lol. last-last suami kepada tuan kedai ni sampai, dia driver taxi so dialah yang hantar kitorang ke destinasi. phew..kalau tak ntah macam mane la nasib kitorang.


Yeay dah sampai. Rehat kejap sebelum sambung jalan. 





Jalan-jalan sekitar Samila beach.


Malam kami ke night market songkhla pula. night market kat sini berbeza sikit dengan night market hatyai. Orang kat sini tak reti sangat berbahasa melayu. so eloklah kalau korang belajar cakap basic thai sikit, kitorang guna bahasa isyarat je hahha. tapi dorang sangat friendly, tak paham pun still semangat layan customer. setiap gerai peniaga dia akan pakai uniform bunga-bunga sama kaler, lain gerai lain kaler, pastu siap dengan hat and apron. comel je..




kitorang nak try makan belalang ni tapi ade akak tu kata peniaga yang jual makanan eksotik ni jual babi jugak, takutla alatan menggoreng dia guna untuk goreng benda alah ni jugak kan, so kensel niat nak makan..haha


Bro ni malu-malu pulak. booth ni jual oyster. besar kan?


bean snacks yang kaler-maler. sedap!


kafe hispter pun ada dekat night market ni you alls. orang makan dekat bawah, chef masak dekat atas, lepastu makanan dia letak kat lif dekat tepi tu untuk waiter amek. menarik betul.


tiba-tiba wayang kulit pun ada kat pasar malam ni! ape je yang takde? haha. kat sini bukan terhad pada makanan je, macam-macam benda pelik boleh jumpa. paling best baju-baju dia murah tak payah cakapla. kalau kat malaysia baju yang orang jual satu rm40-50, kat sini 300 baht boleh dapat dua helai *terbeli jugak dua baju hahah*


yang paling menarik kat pasar ni ialah dekat tengah-tengah pasar ada stage karoke. sape-sape je boleh naik nyanyi, yang kitorang perasan yang menyanyi semua makcik and pakcik tua je, siap joget-joget lagi. sporting betul dorang ni. tiba-tiba rasa macam nak naik jugak nyanyi lagu melayu, tak terpinga-pinga pulak dorang dengar nanti hehe.

Selesai bungkus makanan kami pun pulang ke bilik. Hari yang agak terkilan sedikit sebab tak banyak tempat yang kitorang pergi. Kalau nak ikutkan banyak lagi tempat nak lawat like pulau Ko Yo dgn thale noi waterbird park tapi sebab ada masalah-masalah yang terlalu panjang nak huraikan, we made the best out of the situation and just enjoy the places we managed to visit hee. Yang penting dapat pengalaman jadi outsider di tempat orang yang tak faham bahasa kita. we're grateful dekat the two Malaysian yang bantu kitorang sepanjang kat songkhla ni. Bawak pusing bandar, siap belanja kitorang makan. semoga dipermudahkan urusan kerja diorang dekat sini. 

Ok i think thats all for now. Nanti mood da datang sambung tulis the final part of our little adventure. See ya when i see ya 

No comments: