Kenapa ilmiah sangat tajuk ni? Ok tujuan tulis entry ni sebab nak digest balik apa yang kak ezza dah terangkan dalam lab tadi with additions to benda-benda yang dibaca online dekat blog2 postgrad. Taip sambil tunggu twd episod 4 habis download jugak sebenarnya hehe.
Ok so.. dulu serious tak amek port pun beza journal index dengan journal (IF) impact factor sebab untuk Msc, requirement dia hanyalah perlu present paper dekat conference. So i did, i presented in two conferences on which satu paper di publish di scientific.net and another just masuk proceeding. Later, dengan leftover results yang ada buat lagi satu paper and it was accepted dekat Solid State Science and Technology. Both index papers, masa tu dah rasa best..
Tapiiii.. rupanya paper-paper tu tak listed pun dalam Scopus. hahaha. Scopus ni apa? ok adik-adik.. Scopus ni satu database yang mengandungi puluhan ribu jurnal2 yang diindeks melalui proses yang agak ketat oleh pakar-pakar dalam bidang yang berkaitan. Nak publish dekat scopus ni pun bukan senang, paling kurang pun jurnal tu mesti sudah di akreditasi (pengakuan formal oleh komuniti arkreditasi) di peringkat kebangsaan. Jurnal-jurnal dalam scopus ni la yang tidak diragui kualitinya dan boleh dirujuk oleh pelajar2 master mahupun phd. Senang kata kalau tak listed dalam scopus ni, tak di acknowledged la. sob sob
High impact factor journals ni apa pulak? And apa beza (IF) journals dengan journals2 yang ade dekat Scopus?
Disebabkan oleh lambakan golongan bijak pandai sekarang, yang masing2 berlumba untuk terbitkan artikel and findings diorang, kualiti artikel dalam jurnal tu sering dipersoalkan. Banyak je jurnal yang mudah diakses online yang terdapat banyak kesalahan sebab tak disemak betul-betul sebelum publish. Maka wujudlah badan-badan gergasi seperti Elsevier dan The Institute of Scientific Information (ISI); agensi-agensi firma dan informasi untuk melakukan 'penarafan' terhadap jurnal-jurnal ni.
ISI, agensi kepunyaan Thomson Reuters Corporation, setiap tahun akan keluarkan Journal Citation Report iaitu senarai jurnal dengan impact factor. impact factor ni pulak ialah ukuran purata satu artikel tu dirujuk oleh/dalam artikel lain. Lagi kerap artikel tu di 'cited' oleh artikel lain, lagi tinggi la nilai impact factor dia. Kualiti sesuatu jurnal boleh ditentukan oleh nilai impact factor ISI ni.. Semua impact factor journals ada dalam scopus tapi tak semua journal dalam scopus tu ada impact factor. journal2 yang ade impact factor ni semua listed dalam website web of science. arasso?
Untuk pelajar PhD yang nak buat early submission (submit sem5) kena publish sekurang-kurangnya 2 impact factor journals. IF journals ni plak ade Q1, Q2, Q3, tapi tu nantilah cerita kot. hehe. Rasanya tulah dulu kot buat masa ni, ade masa jumpa lagi.bye~
No comments:
Post a Comment